ELAK SCAM KERETA SEWA !
Kena Scam Kereta Sewa: Target Pelajar UiTM, UniSel, MSU, Politeknik di Shah Alam
Bagi pelajar universiti di sekitar Shah Alam, menyewa kereta memang satu perkara biasa. Ada yang perlukan kereta untuk balik kampung, pergi interview, keluar bersama kawan-kawan, menghadiri program universiti atau sekadar berjalan pada hujung minggu.
Malangnya, golongan pelajar juga mudah menjadi sasaran scammer kereta sewa kerana mereka biasanya mencari harga yang murah dan membuat tempahan melalui WhatsApp, Instagram, Facebook atau Telegram.
Ini antara situasi yang boleh berlaku apabila harga murah menjadi lebih penting daripada memastikan syarikat itu benar-benar wujud.
Kisah Ariff & Akmal
Ini adalah kisah sebenar ya! Pada satu hari saya dapat call dari sekumpulan student dari UiTM shah alam. adalah dalam 7 ke 8 orang camtu.
Dorang nak sewa kereta dengan kadar segera.
Kami pun hairan lah, kenapa nak cepat-cepat sangat. apa yang urgent sangat tu kan?
Rupa-rupanya diorang baru jadi mangsa scam dengan fake car rental ! Huh!
Punya jahat scammer ni, last minute baru dia ghosting semua whatsapp, phone call, dia blocked semua.
Kami tak cakap banyak, terus jemput diorang datang office kami kat seksyen 7 shah alam je.
Sampai office, cek kereta, terus sewa. Senang kan.
Biasanya scammer memang cari mangsa dari kalangan student. Kami faham sebab kami pun student dari UiTM Shah Alam juga dulu. batch 08 hehehe.
Di zaman serba canggih ni, semua benda di hujung jari. Order makanan pun pakai telefon beb. Order kereta sewa pun sama.
Cuma kena pastikan dulu lah dengan siapa yang kita deal tu. Gambar kereta, website, iklan Facebook, instagram, google, semua tu scammer boleh buat.
Paling obvious kantoi bila customer nak walk-in office. Scammer mana ada office. Bermula lah kisah scammer bagi 1001 alasan taknak bagi customer(mangsa) supaya tak walk in.
Apa pun, beringat sebelum terkena.
Pastikan ori, baru sewa.